Tuesday 3 February 2015

Alhamdullilah




Aku duduk termenung dekat depan rumah. 
Atas buaian, duduk menikmati udara Seremban.
Permandangan indah. Tak payah pergi jauh, di rumah sendiri. 
Pokok-pokok menghijau, bunga-bunga hidup sihat dan sedang mekar. 

Dah lama aku tak balik rumah. Ceh, ayat nak sedih ja. Tak ada lah lama mana. Tapi ada lah dalam sebulan. 

Cepat sungguh masa berlalu. It feels like aku baru pindah Senawang. Tiba tiba dah 12 tahun. Rasanya macam baru semalam aku daftar tingkatan 1 tiba tiba aku sudah berada di matrikulasi dan dah nak habis pengajian. 

MasyaAllah, cepatnya masa berlalu. 

Terima kasih ya Allah untuk 19 tahun yang mencabar yang telah engkau pinjamkan. 
Alhamdullilah masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini.

******

Sejenak aku terfikir, 

Selama aku hidup 19 tahun ni, apa kemajuan diri yang aku dapat? Apa yang aku buat untuk banggakan ibu bapa? Apa yang dapat untuk diri aku sendiri?

Kadang kadang rasa diri ni useless. Terus terang aku cakap. Aku takpernah banggakan kedua ibu bapa aku. Bangga terhadap diri sendiri apatah lagi. 

But somehow, aku belajar macam macam dekat matrik ni. 
Ya, aku mungkin takdapat 4flat atau keputusan cemerlang macam anak orang lain. Tapi aku belajar erti kehidupan sebenar tanpa ibu bapa. Kehidupan yang keputusan di tangan sendiri. Kehidupan yang jauh lagi mencabar daripada kehidupan sekolah yang pada dulunya aku rasa paling mencabar.

Aku takpernah terfikir untuk masuk matrik. Dan sebenarnya tak nak pun. Sebab aku tahu, pembelajaran dekat sana susah dan cepat untuk aku yang slow-learner ni. Keputusan SPM aku pun tak ada lah hebat mana. Jadi aku memang tak terfikir langsung untuk jalani hidup dekat matriks. 

Perancangan aku pada awalnya adalah untuk ambil diploma dalam bidang yang aku mampu dan mencapai cita cita aku sejak dari kecil lagi untuk menjadi seorang guru. 
Namun, kita kan hanya merancang. Tuhan yang menentukan segala galanya.
Dan akhirnya aku tercampak dekat matrikulasi Selangor. 

"Ya Allah, kenapa kau pilih aku?"

"Mampukah aku?"

Soalan soalan inilah yang sering bermain-main di minda. Tapi lama kelamaan aku sedar, Allah takkan beri ujian terhadap hambaNya jika hambaNya tidak mampu untuk menghadapi ujian tersebut.

Allah tak hantar aku dekat sini untuk tinggalkan aku keseorangan. Dan Allah juga tak hantar aku dekat sini tanpa sebab.

Dekat sini Allah hadiahkan aku kawan kawan yang macam macam ragam. Macam macam kerenah. Yang mengajar aku macam macam perkara. 

Baru aku sedar yang ramai lagi manusia manusia baru yang aku akan jumpa dengan macam macam lagi kerenah. 

Abah selalu cakap, 

"Yaya kena pandai pilih kawan. Biar kawan sedikit. Jangan ramai tapi pada pangkalnya kita keseorangan."

Dan dekat matriks inilah aku lagi kenal apa erti sebenar kawan. Kawan yang benar benar seorang kawan. 
Sebab dalam realitinya, lagi ramai kawan yang hanya dengan kita pada waktu suka dan hilang pada waktu duka.
Lagi lagi dalam kehidupan di universiti atau pun kolej.

Aku lebih suka untuk berseorangan untuk kemana mana. Dari situ aku belajar, bukan semua kita boleh bergantung kepada manusia lain. Sebab manusia yang lain itu juga manusia biasa. Macam aku.

Dan aku juga takperlu untuk berhadapan dengan masalah remeh temeh. Bukan bermaksud aku tak suka bergaul. Tak, tak sama sekali. Ada kala aku dengan rakan rakan, ada kala aku bersendirian.

Sebab bagi aku kawan baik takperlu untuk sentiasa berdamping. Cukup untuk ada pada masa susah atau senang. Cukuplah kawan yang sentiasa mendoakan dan mengingati antara satu sama lain.

Aku bersyukur dihadiahkan kawan yang mengajar erti hidup yang lebih bermakna. 
Kawan yang ajar aku untuk lebih bersyukur bila aku merungut kekurangan. 
Kawan yang tolong aku waktu aku sakit.
Kawan yang sentiasa pedulik tentang kesihatan aku.
Kawan yang sentiasa buat aku gelak/sedih.

Terima kasih Allah, terima kasih untuk hadiah ini.

Tuesday 22 April 2014

Hidup

Apalah hidup tanpa dugaan?
Apalah hidup tanpa ujian?

Semua manusia ada ujian masing masing.
Kau, aku, dia, mereka.
Semua ada.

Ujian ada dua;

Satu,
Allah uji kita dengan kesenangan.
Allah beri kita nikmat,
Berganda ganda.

Dua,
Allah uji kita dengan kesusahan,
musibah, kemalangan.
Lepas satu, satu.

Apa yang Allah nak?

Dia nak tengok kita bersabar.
Dia nak tengok kita bersyukur.

Teringat aku satu bait ayat dalam cerita "99 Kali Rindu"

"Kirimkan lah ujian dan dugaan kepada hambaKu, sesungguhnya Aku rindu akan rintihannya"

Janganlah kau sekali kali mengalah.
Mengalah dalam hidup.
Menyalahkan takdir.
Ada hikmah di sebalik segala kejadian.
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

Dalam tangisan kau, ada tangisan yang lebih menderita.
Bersyukurlah.

Awak

Kau fikir kau punya jealous.
Kau punya sakit hati.
Kau punya kecewa.
Kau punya hati aje kau fikir.

Aku punya jealous, sakit hati, kecewa, hati
Ada kau fikir?
Ada?
Ada?
Tak ada.

Ye,
Aku buat silap.
Ive broke your trust towards me.

Ada kau nak dengar aku explain on the first sight?
Ada?
Tak ada.
Yang kau tahu,
Aku ni tak jaga perasaan kau.
Aku ni bodoh.
Semua lah aku.

Kau cakap;
"I okay. I tak kisah pun. Chill lah"

Sudahlah,
Aku bukan budak budak kau boleh tipu.
Action speaks louder than words.

Aku korban kan rasa ego,
Semata mata untuk pujuk kau.

Kau sibuk mencari kesalahan aku.
Aku sabar.

Sabar,
Selagi sabar aku masih ada.

Aku penat,
Kau tak tau.

Aku penat korbankan perasaan,
Semata nak baiki hati kau yang sakit.

Kau pula?
Bukan nak membantu.
Tambah kacau adalah.

Kau fikir kau je,
Kau mana pernah fikir pasal orang lain.
Yang kau tahu,
Cari salah aku.

Aku penat jaga hati orang,
Sumpah.

Monday 21 April 2014

Tak kenal maka tak cinta.


Lagak macam bagus, bodoh bodoh, sombong,
Ada jugak yang kerek nak mampus. 
Apa lagi?
Kau list kan saja apa yang ada dalam kepala otak kau.

Masing masing nak tunjuk hebat masing masing.
Tipu lah kau takpernah kutuk. 
Dia berbakat ini.
Dia berbakat itu.
Dia pandai itu.
Dia pandai ini.

Jujur, 
Kau rasa tercabar.
Kan?

Ye, 
Itu semua sebelum kau kenal jiwa dia yang sebenar.
Kau ego.
Kau mahukan dia yang memulakan perbualan.
Ego menguasai diri kau.

Hati kau kata;
"Takkan aku nak tegur dulu. Jatuh lah standard. Dah lah sombong, macam bagus je. Menyampah"

Ye kan?
Ye,
Lagi lagi perempuan.
Aku pun macam kau.
Kita sama.
Manusia kan, ada ke yang sempurna?

Tapi,
Apa salahnya kau turun kan ego?
Tak salah kan?
Tak kenal maka tak cinta.
Depa taknak layan depa punya pasal.

Mana lah tahu,
Manusia yang kau anggap sombong,
Sebenarnya........................
Perangai dua kali lima kau jugak.

Mungkin,
Manusia ini lah juga menjadi sahabat baik kau.
Manusia ni lah yang tolong kau,
Saat kau susah & tak ada sesiapa.
Manusia yang kau anggap negatif ni jugak lah,
Yang ada.

Harini kau benci dia,
Esok?
Macam macam boleh bertukar.

Penegasannya sekarang,
"Dont judge a book by its cover"
Luaran tidak menggambarkan dalaman.
Kau siapa nak menentukan hati seseorang?
Kau siapa nak menghukum orang sesuka hati?
Kau pun tidak lah sempurna mana.

Tak kenal maka tak cinta,
Dah kenal?
Peh,
Makin sayang.

Saturday 19 April 2014

Kau tak tahu.

Aku manusia biasa.
Macam kau.

Aku ada perasaan.
Macam kau.

Aku ada banyak hati nak kena jaga.
Aku bukan jenis orang yang boleh tengok orang susah.

Tak,
itu bukan aku.

Tapi,
dalam aku sibuk jaga hati semua orang,
hati aku takde siapa jaga.

Tercungap cungap aku menjaga hati orang lain,
masing masing pentingkan diri,
akhirnya apa yang aku dapat?

Iya,
nothing.

Kau tak tahu kan?


Kawan.

Makin lanjut usia aku,
makin aku kenal siapa kawan aku sebenar.

Kawan takpayah banyak,
cukup yang ada masa susah & senang kau.

Manusia sekarang.
bermuka muka.

Depan kau semanis madu mulut dia bercakap,
belakang kau?

Pn Khanita pernah cakap,

"berhati hati dengan musuh dalam selimut"

Alamak, ter-throwback pula.


Kau kata.


Kau kata kau sayang.
Kau kata kau cinta.
Kau kata kau rindu.

Cakap,
Semua orang boleh cakap.
Semua mulut boleh berkata kata.

Effort?
Pengorbanan?
Kau kata kau buat.
Kau kata,
Takpayah tunjuk nanti lama lama aku rasa.

Tapi sayang,

Action speaks louder than words kan?