Tuesday 3 February 2015

Alhamdullilah




Aku duduk termenung dekat depan rumah. 
Atas buaian, duduk menikmati udara Seremban.
Permandangan indah. Tak payah pergi jauh, di rumah sendiri. 
Pokok-pokok menghijau, bunga-bunga hidup sihat dan sedang mekar. 

Dah lama aku tak balik rumah. Ceh, ayat nak sedih ja. Tak ada lah lama mana. Tapi ada lah dalam sebulan. 

Cepat sungguh masa berlalu. It feels like aku baru pindah Senawang. Tiba tiba dah 12 tahun. Rasanya macam baru semalam aku daftar tingkatan 1 tiba tiba aku sudah berada di matrikulasi dan dah nak habis pengajian. 

MasyaAllah, cepatnya masa berlalu. 

Terima kasih ya Allah untuk 19 tahun yang mencabar yang telah engkau pinjamkan. 
Alhamdullilah masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini.

******

Sejenak aku terfikir, 

Selama aku hidup 19 tahun ni, apa kemajuan diri yang aku dapat? Apa yang aku buat untuk banggakan ibu bapa? Apa yang dapat untuk diri aku sendiri?

Kadang kadang rasa diri ni useless. Terus terang aku cakap. Aku takpernah banggakan kedua ibu bapa aku. Bangga terhadap diri sendiri apatah lagi. 

But somehow, aku belajar macam macam dekat matrik ni. 
Ya, aku mungkin takdapat 4flat atau keputusan cemerlang macam anak orang lain. Tapi aku belajar erti kehidupan sebenar tanpa ibu bapa. Kehidupan yang keputusan di tangan sendiri. Kehidupan yang jauh lagi mencabar daripada kehidupan sekolah yang pada dulunya aku rasa paling mencabar.

Aku takpernah terfikir untuk masuk matrik. Dan sebenarnya tak nak pun. Sebab aku tahu, pembelajaran dekat sana susah dan cepat untuk aku yang slow-learner ni. Keputusan SPM aku pun tak ada lah hebat mana. Jadi aku memang tak terfikir langsung untuk jalani hidup dekat matriks. 

Perancangan aku pada awalnya adalah untuk ambil diploma dalam bidang yang aku mampu dan mencapai cita cita aku sejak dari kecil lagi untuk menjadi seorang guru. 
Namun, kita kan hanya merancang. Tuhan yang menentukan segala galanya.
Dan akhirnya aku tercampak dekat matrikulasi Selangor. 

"Ya Allah, kenapa kau pilih aku?"

"Mampukah aku?"

Soalan soalan inilah yang sering bermain-main di minda. Tapi lama kelamaan aku sedar, Allah takkan beri ujian terhadap hambaNya jika hambaNya tidak mampu untuk menghadapi ujian tersebut.

Allah tak hantar aku dekat sini untuk tinggalkan aku keseorangan. Dan Allah juga tak hantar aku dekat sini tanpa sebab.

Dekat sini Allah hadiahkan aku kawan kawan yang macam macam ragam. Macam macam kerenah. Yang mengajar aku macam macam perkara. 

Baru aku sedar yang ramai lagi manusia manusia baru yang aku akan jumpa dengan macam macam lagi kerenah. 

Abah selalu cakap, 

"Yaya kena pandai pilih kawan. Biar kawan sedikit. Jangan ramai tapi pada pangkalnya kita keseorangan."

Dan dekat matriks inilah aku lagi kenal apa erti sebenar kawan. Kawan yang benar benar seorang kawan. 
Sebab dalam realitinya, lagi ramai kawan yang hanya dengan kita pada waktu suka dan hilang pada waktu duka.
Lagi lagi dalam kehidupan di universiti atau pun kolej.

Aku lebih suka untuk berseorangan untuk kemana mana. Dari situ aku belajar, bukan semua kita boleh bergantung kepada manusia lain. Sebab manusia yang lain itu juga manusia biasa. Macam aku.

Dan aku juga takperlu untuk berhadapan dengan masalah remeh temeh. Bukan bermaksud aku tak suka bergaul. Tak, tak sama sekali. Ada kala aku dengan rakan rakan, ada kala aku bersendirian.

Sebab bagi aku kawan baik takperlu untuk sentiasa berdamping. Cukup untuk ada pada masa susah atau senang. Cukuplah kawan yang sentiasa mendoakan dan mengingati antara satu sama lain.

Aku bersyukur dihadiahkan kawan yang mengajar erti hidup yang lebih bermakna. 
Kawan yang ajar aku untuk lebih bersyukur bila aku merungut kekurangan. 
Kawan yang tolong aku waktu aku sakit.
Kawan yang sentiasa pedulik tentang kesihatan aku.
Kawan yang sentiasa buat aku gelak/sedih.

Terima kasih Allah, terima kasih untuk hadiah ini.